Pages

Abang.... Moga abang tenang bersamaNYA di sana..

http://www.youtube.com/watch?v=ZCBX3HI3MoI



Tanggal 2 march 2011, saat yang paling aku takut dan tak mampu untuk aku lalui..umpama sebuah mimpi…anakku Muhammad Firdaus telah pergi menghadap ilahi. Luluh hati seorang ibu meratap pemergian anak tersayang pergi. Betapa 3 bulan aku mengadap penderitaan dan keperitan yang ditanggung olehnya… akhirnya aku terpaksa redha dan pasrah dengan ketentuan ALLAH.
Abang…
Maafkan ibu andai selama ibu menjaga abang ada yang terkurang. Yang pasti bagi ibu abang lah anak yang paling ibu sayang dan ibu beri perhatian setiap masa. Abang anak ibu yang tidak pernah menyusahkan ibu dan abang adalah anak yang baik dan tidak pernah ada dosa… Abang anak ibu yang sangat istimewa…
Abang…
Abanglah kekuatan ibu. Abanglah tempat ibu mengadu..abanglah segalanya bagi ibu.. Pasti abang tahu ibu sayangkan abang meskipun ibu senantiasa sibuk melayani karenah adik2..  Masih terbayang dan terngiang2 tawa abang tatkala adik2  bergurau senda dihadapan abang. Abang hanya mampu tersenyum dan sesekali tertawa geli hati… semua itu buat hati ibu sangat pilu…
Abang…
Sejak 3 bulan lalu ibu telah kehilangan hilai tawa abang… ibu rindu hilai tawa dan senyuman abang.. selama 3 bulan di wad pediatrik Wad 5A bilik 25, hospital Serdang, selama itu abang terus simpan hilai tawa abang… Ibu tahu abang sakit. Abang derita. Ibu paham sayang… setiap masa ibu berdoa memohon agar Allah memberi  jalan untuk abang sembuh cepat.
Abang…
27hb Feb 2011, Ibu & Papa sangat gembira bila bibik beritahu keadaan abang dah ok. Doktor pun kata paru-paru abang dah beransur baik. Abang dah tak nangis2 lagi. Papa pun kata nak sain surat keluar agar abang boleh balik rumah. Mesti abang dah penat baring terus di katil Hospital. Ibu dapat rasakan abang rindu tilam empuk abang dirumah.
31hb. Feb 2011, Ibu jadi tidak menentu, ibu rasa takut, ibu cemas bila doktor call ibu mengatakan abang tidak ok dan minta ibu segera ke hospital. Sesampai ibu disana ibu tengok abang ok dan ibu sangat lega. Ibu cium muka, tangan dan kaki abang dan abang senyum.. Abang senyum pada ibu!!!  Lama sudah ibu tak lihat senyuman abang..hari itu abang senyum pada ibu…
Namun kata-kata doctor buat hati ibu bagai dihiris sembilu..betapa peritnya hati seorang ibu menerima khabar keadaan dan kesakitan seorang anak. Doktor kata ada pendarahan dalam perut abang. Darah terus keluar dari tiub. Mungkin itu disebabkan oleh rasa stress sakit yg abang tanggung.. Tapi waktu itu ibu lihat abang tenang saja umpama tidak sakit. Anak ibu memang seorang yang kuat semangat…. Andai diberi peluang oleh ALLAH..biarlah ibu yang menanggung kesakitan itu. Kesian anak ibu… Berat sungguh dugaan untuk anak ibu…. Ibu tahu abang kuat….
1hb. March 2011, tiba-tiba badan abang mengejang umpama kena sawan… doktor telah cuba sedaya upaya membantu abang. Namun selepas itu abang terus tidak sedarkan diri. Pilu hati ibu melihat keadaan abang. Pernafasan abang sangat laju ketika itu.. Ya Allah….kenapa begini suratan hidup anakku Ya Allah… Saat ini ibu hanya mohon Allah permudahkan segala kehendakNYA untuk abang.. Ibu pasrah. Ibu redha. Jika sebelum ini hati dan naluri ibu sentiasa mengharap abang akan pulih..hari ini ibu rela dan redha. Ibu sayangkan abang….ibu tak sanggup lihat abang tersiksa nak… Ibu tahu abang sakit.. Dari air mata abang yang mengalir meskipun abang tidak sedar..ibu dapat rasakan keperitan yang abang tanggung.
Ibu pasrah meskipun hati ini hancur mendengar penerangan doktor bahawa abang tengah tenat. Hati ibu masih juga berharap agar abang akan kembali pulih dan boleh balik kerumah kita. Semalaman ibu dan papa bersama abang. Ibu peluk abang. Ibu cium abang sepuasnya. Walau abang tidak sedar, namun ibu tahu abang pasti merasai kasih sayang ibu… sesekali ibu sapu air mata abang yang tiba2 meleleh.. `Kenapa sayang..kenapa abang menangis nak.., abang sakit kat mana nak…??!!!` namun abang dah tak berdaya… Hati ibu hancur ketika itu kerana tidak dapat membantu kesakitan yang abang tanggung..
2hb. march 2011, Sehening fajar pagi dan sesejuk hembusan angin pagi berhembus kealam maya.. sedetik itu juga abang menghembus nafas terakhir abang. Hancur luluh hati ibu kala itu.. Dipangkuan ibu abang pergi mengadap Ilahi…  Setenang fajar memancarkan cahayanya..setenang itu juga abang pergi meninggalkan ibu… “ abang…ibu sayangkan abang….. napa cepat sangat abang pergi…”
`Ya Allah…, aku redha dengan takdirmu.. Andai ini yang terbaik untuk anakku Muhammad Firdaus…Aku redha.. Kau angkat dan kau tempatkanlah roh anakku di sisiMu.. di syurgaMu yang ter atas iaitu SYURGA FIRDAUS….
Abang…
Genap 10 tahun 5 bulan ibu melahir dan membesarkan abang dengan penuh kasih sayang… akhirnya abang pergi jua meninggalkan ibu, papa, angah dan adik… Tiada apa yang dapat ibu bekalkan hanya doa yang akan ibu kirimkan untuk abang setiap masa.. Moga abang tenang di sana ye nak.. InsyaALLAH kita akan berjumpa satu hari nanti anakku..
Di sini..ibu pasti ibu akan merindui senyum tawa abang, ibu pasti rindu nak cium tapak tangan dan tapak kaki abang yang lembut..  Cuma satu2nya yang sangat berharga abang tinggalkan buat ibu…Bantal Busuk abang…. Sangat bermakna buat ibu. Bila ibu terlalu rindukan abang…pasti ibu akan peluk dan cium bantal busuk abang kerana bau abang ada disitu…
YA ALLAH….KAU YANG MAHA MENGASIHANI..KAU YANG MAHA MENGETAHUI… KAU PERIHARALAH ANAKKU DAN KAU TEMPATKAN ROH ANAKKU DITEMPAT-MU YANG PALING MULIA DAN TER ATAS..
AMIN YA RABBAL AALAMIN…

Nama: Muhammad Firdaus
Tarikh : 2000 - 2011 (10 tahun 5bulan)
Tempat : Hospital Serdang (Wad 5A, Bilik 25)
Sebab : Orthostatic Pneumonia Dan Upper Gastrointestinal Bleed