Pages

Pembantu Baru...2011

Dah dekat seminggu aku ada bibik baru.. nama dia Ifa Nuraini…sedap kan nama dia. Aku panggil dia dengan panggilan bibik je.. Anak2 panggil dia bik ifa. Dia bakal gantikan bibik Rah yang akan pulang Indonesia bulan depan.
Bibik Ifa ni orangnyer tersangatla lurus.. hari2 aku merungut dgn myB pasal penat aku nak tunjuk ajar dia. Tapi sebenarnya dia masih belum biasa dengan keadaan. Slowly..nampak dia makin ok.
Last week, my MIL dah stay 3 hari kat rumah untuk beri tunjuk ajar apa2 yang patut.. Siap my MIL test bibik tu mengaji lagi.. Nasib baik past..hehe
Harapan aku agar bibik baru ni boleh kerja dan boleh stay lama dengan aku. Actually aku ni adalah majikan yang sangatla baik dan tidak cerewet..(perasan la pulak..) As long as dia boleh jaga anak2 bagi aku itu dah cukup. Untuk bibik Rah aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana menjaga anak2 aku dengan baik sekali…
Welcome to our home club Bibik Ifa..!!!

Angah & Adik....

Dalam sibuk ulang alik ke hospital tengok abang… tanggungjawab aku n Myb juga untuk gembirakan angah & adik. Mereka masih tak paham lagi yang abang dorang sakit… Tapi angah selalu kata `kesian abang kan ibu..` bila tengok abang di Hospital…
Ada masa terluang..kami akan beriadah..apapun sekarang ni susah nak plan apa-apa..ada ruang & masa kami layanzzzz….


Tengokla gelagat 2 beradik ni makan pizza… seperti biasa adik akan menyepahkan meja…hehe…

Satu Keredhaan

Dalam keceriaan pasti ada kedukaan…begitu juga dengan aku. Namun andai kita REDHA..pasti semua dapat kita tempuhi dan hadapi. Itulah yang aku lakukan bagi menangani keadaan dan ujian dariNYA.
Dah hampir 2 bulan abang di hospital..namun tiada sedikit pun perubahan pada abang…hmmm..doktor pun dah pening. Dari antibiotic biasa hinggalah antibiotic luar biasa dah bagi kat abang..tetap sama saja kondisinyer… Apapun sebagai ibu aku tidak putus-putus berharap dan berdoa agar Allah kurniakan yg terbaik untuk abang.. Moga dipermudahkan segalanya…Amin..

Beginilah keadaan abang setelah hampir 2 bulan di Hospital Serdang. 
cian...dia.. xper abg kuat..kan!?? 

Superwoman & Kenny Rogers

Semalam ada promosi KKR. Asalnya macam tak sempat nak pergi.. yela..sejak awal December 2010 haritu abang di hospital. Hidup aku jadi macam superwoman.. Rushing dengan rutin harian..Jadi aku CUT semua aktiviti kami sekeluarga.. Hari Sabtu & Ahad kami akan beriadah di Hospital bersama abang dan Bibik..
Kesian pulak kat angah & adik. Lagi2 si Angah..asyik sebut "ibu..papa..jom la kita pergi makan pizza..". Kebetulan KKR ada promotion ni aku rasa boleh la tunaikan permintaan angah walaupun bukan pizza..hehe..(sorry angah, next time kita g pizza)..

Kebetulan MyB nak pergi office untuk settlekan keje..so...i followw....heh. Sempat juga pergi makan kat One Utama.... (gambar xsempat nak amik...asyik melayan karenah rayyan rizqin (adik)..huh!! anakku...sib baik cumill).

Busy..busy...

2 hari ni kat opis tersangat la busy..., nak siapkan akaun syarikat untuk audit... tp sempat juga aku godey2 blog ni.. rasa teruja lak nak tahu n terus tahu..