Pages

SAKIT!!!

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Dalam kesibukan menguruskan NEC, hujung bulan Julai 2011 tu aku di duga dengan sakit yang aku sendiri tak tau pada awalnya. Aku kena apendik. Huh, sakitnya sampai sekarang aku fobia. SUMPAH!. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum tu aku rasa tak sedap parut. Rasa macam perut tu kembung jer & aku aspect tu maybe gastric. Hari Khamis 21/7 tu aku pergi klinik panel. Betul sangkaan aku bila doctor kata aku mmg gastric. Dia bagi ubat then aku dapat 1 hari MC. Balik rumah, then rehat. Tapi still masih sakit2 lagi…

Masa berlalu hingga hari isnin, di office aku terasa teramat sakit perut. Aku tak pernah sakit perut macam tu, tp aku cuba tahan dek sebabkan kerja yang banyak. Balik je kat rumah aku dah tak boleh berjalan, sakit sangat-sangat. Hubby terus bawa aku ke klinik. Di klinik doctor masih lagi kata aku kena gastric, kali ni gastric teruk sampai aku deman. Suhu badan masa tu 39.8. MasyaAllah, patut aku rasa cam nak pengsan tadi. So, doctor beri aku 2 injection. Satu untuk demam dan satu lagi untuk gastric. Dia bekalkan ubat gastric untuk aku makan.
Hari selasa aku pergi kerja seperti biasa. Harini kurang sikit sakit tapi masih lagi tak sedap perut. Aku pun heran. Dan tiba-tiba kan…. mesti korang tak percaya kan.! macam pelik pun ada, ttba perut aku sakit sangat. Dalam perut ni terasa macam ada baby `kick`. Ish..mau tak cuak aku. Telefon hubby, dia pun kata pelik. Apa yang aku rasa waktu tu kan macam ada satu makhluk yang tendang2 dinding2 perut aku ni dengan kuat sekali. Macam2 fikir waktu tu, dari yang logic sampailah yg tak logik. Yg tak logik tu aku boleh fikir ada `alien` dalam perut aku (bodzoh je kan! haha). Tapi sebenarnya itulah rasa Appendices pecah dan meletop dalam perut ni..(masa tu x tau lg) Hal perut macam kena bom ni berlarutan dalam tempuh 2-3 minit camtu..
Berlanjutan sehingga hari khamis, petang tu aku pergi lagi klinik cakap masalah yang sama dan doctor masih lagi bagitau itu adalah gastric dan 1 lagi suntikan dia beri. Sekali injection RM100++ . Tepat jam 3 pagi hari jumaat tu aku memang dah tak tahan. Badan aku panas cam api, perut sangat sakit dan bila aku ketuk perut bunyi macam tin kosong saja… MasyaAllah, aku berserah pada Allah je masa tu. Hubby tak banyak cerita lagi terus bawa aku ke PPUKM. Aku memang dah totally tak boleh cakap dan berjalan dah waktu itu.
Lastly, di PPUKM after ambil darah dan sedikit keterangan dari aku aku dan hubby, doctor cakap aku kena Appendices dan dia minta aku berpuasa serta merta untuk jalani pembedahan. MY GOD.. And now, aku dah ok dah… *peach*..


Boleh click info kat link ini kalau nak tau pasal Appendices
http://www.infopenyakit.com/2008/09/penyakit-radang-usus-buntu-appendicitis.html

No comments:

Post a Comment