Pages

Kenangan abang...

Sudah agak lama aku tak menulis di blog kesayangan ini. Aku perlukan masa untuk pulihkan hati dan perasaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Betapa perit sebuah perpisahan. Alhamdulillah… kata-kata semangat dari Suami,keluarga dan kawan-kawan buat diri ini semakin kuat dan tabah. Aku teruskan lagi coretan buat Arwah anak tersayang di blog ini.. Tak terniat nak meraih simpati atau apa dari kawan-kawan dan pembaca blog ini, sekadar ingin berkongsi selain mencurahkan perasaan seorang ibu..

Abang…
Hari ini genap sudah 50 hari abang pergi. Tiada apa yang dapat ibu kirimkan. Hanya doa agar abang berbahagia bersamaNYA di sana. Ibu telah redha dengan pemergian abang dan ibu telah terima bahawa abang kini telah meninggalkan ibu, papa, angah & adik buat selamanya.

Abang…
Sesekali tertanya-tanya dalam hati kecil ibu, apakah yang sedang abang buat diSANA. Siapa yang menjaga abang..bagaimana kalau abang lapar… Itulah ibu…

Abang…
Ibu telah dapat kunci rumah baru kita. Ini bermakna sudah boleh berpindah di rumah baru. Dalam kesibukan mengemas pasti ibu takkan melupakan abang. Papa apatah lagi. Sebab papa memang rancang dari awal-awal lagi yang bilik bawah tu nak buat bilik abang. Nak hias dan cat cantik-cantik untuk abang. Tapi hajat papa tidak kesampaian.

Abang..
Demi meneruskan hidup dan masa depan adik2.. ibu dan papa redha. Ibu pasti abang sedang tersenyum diSANA melihat kesibukan ibu dan papa & keletah angah dan adik.

Abang..
Percayalah anakku.. Kau sentiasa dimata, dihati dan perasaan ini. Tak pernah sedetik pun dirimu hilang dari diri ini. Ibu pasti abang bahagia dan tenang diSANA bersamaNYA..



Celebrate besday abang

Bantal yg abang tinggalkan sebagai pengubat rindu ibu..

Koleksi baju-baju abang.. satu kotak, semua masih baru macam baru beli di kedai..

Ni baju yang paling ibu suka.. Abang sangat encem bila pakai baju ni..

Botol2 susu masih cantik disimpan... juga inhaler and aero chamber abang..

No comments:

Post a Comment