Pages

PERGINYA ADIK FARIS..



Pagi ni berjujuran air mata bila baca dari blog Mazidul Akmal Sidek pasal `perginya adik Faris buat selama-lamanya`. Memang aku tak tahu pasal hal adik Fariz sebelum ni sehinggalah pagi tadi aku baca kat blog Mazidul

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3141646922429265992

Sangat sedih melihat keperitan yang di tanggung oleh adik Faris. Terus ingatan aku teringat pada arwah ‘Abang’. Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan.. sebab aku cukup memahami Sham dan Zuraine saat ini. Al-Fatihah. Syurga itu pasti buat dia.

I am a BOY!!

Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan bersama baby yang sedang seronok menendang main bola kat dalam ni.. Namun aku harus terima hakikat bahawa memang aku di takdirkan tidak ada rezeki untuk timang anak perempuan. So kena kuburkan lah angan2 pasal Pretty Zinta tu.. sedey :)
Check-up kali ni memang aku sengaja lewat-lewatkan sebab kali ni jika checkup pasti nampak jantina baby. Entah kenapa hati kuat mengatakan `boy`. Nak tau kenapa? Sebab dah 3 kali aku bermimpi bersalin baby boy.

Masa mula-mula nak scan tu Dr. Hanie kata `saya pulak yang nervous ni..`. Actually Dr. Hanie tahu yang aku memang nak sangat girl. Dalam pada itu, aku tak tengok screen computer, sebab perasaan sangat berdebar-debar. Aku biarkan saja Dr. Hanie dan En. Hubby terus mencari jantina baby. Tiba-tiba “alamak..” suara Dr. Hanie telah cukup meyakinkanku tentang instinct aku sebelum ini. Yeah..boy again. Time tu tiba-tiba air mata ni nak gugur. Tapi aku tahan. Tak tahu lah kenapa.. Apapun aku terima seadanya, janji baby sihat dan sempurna. Aku lihat muka En. Hubby, biasa saja. Sempat dia berkata `Alhamdulillah.. Cukup satu team takraw..” tp aku tahu dia faham perasaan aku waktu tu. Dr. Hanie pulak kata “Takpe, cuba lagi. Ok apa..nanti mama dia banyak body guard..”

Apa-apalah kan.., aku pun dah berhenti berharap. Harap-harap ini yang last. Lepas ni nak cuti terus.. (kalau dapat kelulusan En. Hubby la kan..)

** teringat satu statement best pwen aku, si Linda Yusoff. ` kalau ina taknak bagi la kat leen, leen pun teringin gak nak ada baka rambut kerinting..** kelakar kan.. tp suka2 je nak :p