Pages

ANGAN-ANGAN KALAU ADA BABY GIRL..

Berangan je la keje aku ni, hehe. Taka pa, yang penting berangan dulu kan.. nak tau apa yang aku angankan? Aku ni dari pregnant kan Rayyan dah ngidam baby girl. Tup2 kuar Rayyan Rizqin yang montel.. Nasibla comell sangat..ngeeee

Comel kan... gerammm..

Jadi kali ni aku berdoa agar dikurniakan seorang baby girl yang sangat comel dan sihat. Comel macam sapa nak tau? Macam pelakon Hindustan Pretty Zinta!! Hahaha, kelassss tak taste aku. Lau tak dapat comel macam Pretty ZInta, cukuplah sekadar comel macam aku, ibu dia. Miahahaha…(jangan ada yang muntah pulak ye..)

Sumpah, memang aku sukaaa sangat ngan Pretty Zinta dari dulu lagi sebab dia comel… Tu yang tengah berangan sekarang ni..

Jom layan gambar baby2 & Si comel Pretty Zinta

DEMAM OMBAK RINDU

Rata-rata semua mesti tengah demam Ombak Rindu, betul tak? Mr Hubby yang pada awalnya macam tak ada mood nak tengok atlast kata filem ni memang best!! Camner tu! Means memang best la kan… Kalau aku ajak tengok sekali lagi mau dia follow kot. Hehe.

Tak perlulah aku nak story panjang2 pasal jalan cerita Ombak Rindu ni sebab nanti aku lak yang feeling. Masa dalam panggung tu memang aku feeling giler, dah macam aku je yang ada dalam filem tu dengan watak izah. Hahaha..perasaan sungguh…


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PEMBAWAKAN

Preggy kali ni rasanya macam lain sikit dari yang lepas. Mula2 aritu, tekak asyik loya saja. Mula lah mencari asam-asam atau buah mangga yang agak masam. Tapi tak la sampai muntah2, Cuma penat sangat. Kaki ni rasa macam tersangat la letih umpama seharian berjalan tanpa henti walhal dah rehat makan tidur..makan tidur 3 hari 3 malam (haha..). Camner tu..

Bab makan pula, Nau`zubillah.., selera sangat2. Dalam masa 3 bulan saja badan ni dah macam belon nampaknya. Bila mengeluh dekat hubby kata badan dah macam belon dia kata `mana ada, ok je b tengok`. Huh! Takde taste sungguh. Nak cover ler tew..wuekk, hehe.

Lagi tabiat preggy kali ni aku suka sangat tengok resepi2 dari mr.Google. Mulalah berangan nak main masak-masak pastu. Adalah beberapa menu yang aku dah try.. memang sedap dan mejadi. Tapi yang paling bestnyer semua masakan yang aku teringin sangat tu berasaskan cheese, haha. Amik kau! Harusla bertambah-tambah berat badan ni kan… hadoiii.

Dan lagi satu sifat yang aku perasan, aku tak suka make-up. Even berbedak pun aku tak hingin.. Cukuplah aku tepek kan Bio oil je pada muka ni, itu pun terpaksa sebab nanti takut kulit kering sangat pulak. Heran kan.., sebab sebelum ni preggy aku boleh lagi nak touch up muka ni, tapi sebaliknya pulak kali ni…

Ha…., rasa-rasanya kali ni leh dapat baby girl tak???? Kehkehkeh..(dengan harapan semua akan kata `yes`). Poyo je kan.

Ni antara menu resepi mrGoogle yang aku dah try & buat beberapa kali sebab seeedapppp sangat. Semuanya CHEESE!

Masa wat scan ni baru 7w6d, siap dengar heartbeat lagi. But now baby dah 14weeks.

I WAS PREGNANT..

Supprise!!!
Surprise kan? Aku lagi supprise.. neway dah rezeki kan, so terima lah seadanya walaupun pada awalnya aku belum bersedia untuk pregnant lagi. Ikutkan plan asal nest year (middle) baru nak preggy, tup tup..terawal rezeki tu datang, Alhamdulillah..
Aku berharap sangat agar Allah kurniakan baby girl pula buat aku kali ini..insyaAllah. Dah 3 kali aku asyik lihat `Egg` jer yang keluar, moga kali ini rezeki lihat `flower` pula hehe.
Cian Rayyan tak lama lagi dah tak boleh jadi adik lagi…

NOVEL

Assalamualaikum. Moga hari ini kita semua beroleh kesejahteraan. Musim hujan dan panas yang tak menentu sekarang, pasti senang je nak dapat demam, selsema dan batuk. Inilah yang terjadi pada hubby dan angah sekarang. Dilanda batuk dan selsema. Risau takut menjangkit pula pada aku ataupun Rayyan.
Ok, sebenarnya nak cerita sikit pasal Novel. Hehe..ada2 je kan aku ni. Actually memang dari sekolah rendah lagi aku sangat minat membaca buku cerita atau cerpen2 yang ada di akhbar. Sampailah sekarang ni, Cuma sekarang agak berkurangan sementelah dengan berbagai urusan kerja dan rumahtangga. Baru nak membaca je, si budak debab Rayyan Rizqin dah kacau. Dalam maksud lain, satu Novel tu aku ambil masa baca dalam seminggu..haha..lama sungguh.
Cerita pasal sekolah ni, teringat aku masa sekolah rendah dulu. Aku pernah buat skrip tau.. ha..jangan tak caya.. Masa tu aku dalam darjah 6. Kebetulan ada persembahan teater sempena hari guru. Jadi aku pun teringin la nak berlakon (gila glamer!! Kekeke). Apa lagi, aku pun ajak la geng2 joint (ingat lagi nama dorang iaitu Rozina dan Jamilah). Bila cikgu tanya je aku nak persembahkan cerita apa, aku ternganga. Ha.., padan muka aku. Tapi masa tu kepala otak ni dah fikir nak buat skrip sendiri. Balik je dari sekolah mula buat skrip. Jalan cerita berkenaan dengan kekeluargaan.
Aku shortkan la cerita ni ye coz nanti ada yang boring pulak baca. Hehe. Selepas 3 hari aku beri pada cikgu yang bernama cikgu Zainol. Tersangat bangga weh..waktu tu bila cikgu Zainol puji hasil penulisan skrip aku. Mesti dia pun tak sangka yang anak murid dia ni pandai buat skrip..(haha perasan). Aku & gengs start berlatih hingga la tiba hari pementasan. Sangat2 berbangga lagi bila semua cikgu puji persembahan kami.
Perangai tu terbawa hinggalah ke sekolah menengah. Aku akan buat novel dalam buku latihan dan aku akan beri kawan-kawan aku baca. Cuma bila dah meningkat remaja, belajar dan bekerja, masa untuk menulis dah tak ada. Tapi memang tiap-tiap bulan aku tak pernah miss langgan Novel. Paling kurang pun 2 buah.
Waktu tu pula aku sangat minat dengan seorang penulis ni, nama dia Khadijah Hashim. Aku suka baca novel-novel beliau. Sangat mengujakan.

Inilah dia khadijah Hashim sekarang. Gambar ni aku download dari google jer.

Ni antara novel-novel beliau. Pun aku copy paste je dari google sebab semua novel aku dah hilang..

Nak di jadikan cerita, now aku dah start menulis balik tau. Rasa-rasanya boleh tak kalau aku jadi penulis novel? Tapi kalau novelis boleh siapkan novel dalam masa 3 bulan, aku mungkin ambik masa setahun la gamaknya…haha. Tapi seriously, aku tengah tulis satu novel sekarang ni… tungguuuuu!!!!!....

JADUAL BARU

Sejak sibuk dengan NEC dalam sebulan setengah ini, aku telah susun semula jadual harian aku untuk anak2 dan keluarga. Terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran Angah. Mungkin ini masih belum cukup lagi masa yang sepatutnya aku peruntukkan bagi mengulangkaji pelajaran angah. Namun apakan daya, aku cuba untuk menjadi ibu dan guru yang terbaik untuk anak-anak. Juga isteri yang terbaik untuk my Luvly hubby.

Sangat besar hati untuk share dengan u all. Jika ada apa-apa nasihat atau komen, aku amat hargai dan amat berterima kasih. Ini adalah kerana `AKU WANITA BIASA`


6.20am-7.30am
Bangun pagi, mandi, solat dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Bergurau/bermain dengan buah hati kesayangan si budak chomel Rayyan Rizqin jika dia dah bangun tidur (biasa memang dia bangun awal).

7.30am-5.30pm
Bertolak ke tempat kerja, lebih kurang jam 8.15am sampai pejabat setelah menempuh traffic jammed di tol LDP. Cuba untuk menyiapkan kerja sedaya yang mungkin. Akan pastikan semua kerja boleh achieve dateline. Sebolehnya hari-hari aku akan curi sedikit masa sediakan kertas soalan untuk angah. Atleast hari-ari angah kena jawab dan selesaikan 30 soalan. Terutamanya subjek Matematik.

5.30pm – 6.40pm
Sampai rumah lebih kurang pukul 6.00pm. Terus duduk bersama anak-anak. Masa ni aku cuba tunjuk dan curahkan kasih sayang sepenuhnya pada Angah dan Adik dengan cara 1) ajar Adik menulis dan mewarna. Ternyata dia sangat suka dengan semua tu. 2) Test Angah membaca BM & BI. Especially pemahaman dia tentang cerita yang dia baca. Alhamdulillah, banyak improvement. Juga menyemak kertas soalan yang diberi hari semalam. Biasa aku minta Angah siapkan kerja rumah yang aku beri sebelum aku balik dari kerja. So, biar angah aturkan sendiri masa dia. Jika tak siap, aku denda dia tak boleh ke taman permainan untuk tempoh selama 3 hari..

6.45pm – 7.10pm
Bawa Angah dan Adik bermain di Taman permainan depan rumah. Kadangkala tugas ini bergilir-gilir dengan hubby ataupun bibik. Janji anak-anak enjoy walaupun sekejap je dapat jejak kaki ke taman.

7.15pm – 7.30pm
Masa untuk sediakan makan malam keluarga. Biasa aku beritahu saja bibik apa nak masak dan dia awal-awal telah sediakan semua bahan. So, aku tinggal masak sahaja. Lauk pun masak yang simple2 saja. Yang penting perut hubby dan anak-anak terisi.

7.35pm – 8.15pm
Check beg sekolah Angah dan buku-buku. Harus checking beg dia takut bawa mainan ke sekolah. Jika ada kerja sekolah, dia akan buat depan aku sebagai memastikan kerja-kerja sekolah tak bertangguh. Ajar angah Iqra` dalam 10 minit. Actually minta dia ulang balik iqra` yg dia dah belajar di sekolah Agama hari itu. Solat manghrib & bersiap untuk ke NEC. Sediakan makan malam dan makan bersama hubby dan anak-anak.

8.30pm – 12.00pm
Drive ke Puchong for work duty di NEC, kadangkala aku balik awal. Tapi untuk hari-hari kerja aku akan pastikan aku akan sampai rumah sebelum jam 12.00 malam.

So, berulanglah setiap hari rutin sebegini kecuali on weekend. Sabtu dan ahad aku cuti, jadi aku akan peruntukan masa tersebut untuk berehat dan beriadah bersama hubby, anak-anak dan kawan-kawan.

WELCOME BACK

Salam.., lama dah rasanya tak update blog ni.. dah bersawang dah rupanya. Lately sangatlah bz dengan beberapa perkara, tu yang xdapat nak update. Entah kenapa tiba-tiba pulak hati ni terasa membuak-buak nak update blog yg lama bersawang ni.. Tengah duk goyang kaki kat office ni, tu yang boleh mengUPDATE. Hehe..
Meh la aku cerita sikit sebab utama aku xde hati nak update blog ni adalah sebab kenangan pada arwah abang yang aku simpan disini. Aku pasti akan menangis bila buka blog ni.. Tapi setelah aku fikirkan, tak guna aku terus meratapi. Setelah hampir 4 bulan abang pergi, aku sudah boleh terima hakikat. Semua Qada dan Qadar Allah Taala. Semua tu rahsiaNYA. Abang pasti akan suka jika lihat aku gembira. Aku kena redha. Kasih aku pada abang dunia dan akhirat. Aku cuba letak dan pujuk diri ini bahawa akulah Ibu yang terbaik buat anak-anak ku. I love and miss you so so much abang..mmuah.
Ok, I am very strong now  disini aku akan update sikit berkenaan hal-hal yang lepas.. (tak kira!! Nak gak update walau dah lama berlalu). Bacalah sampai muntah... hehe. Tapi aku susun citer ikut step la yer.

RAYA LAGI..!! KUALA KUBU BARU, IPOH, CAMERON.

Cerita raya kedua pula, kami decide nak beraya rumah Paklang aku di Kuala Kubu Baru. Dalam waktu yang sama kami plan nak pergi bercuti ke Cameron Highland. Nasib mak aku nak follow, kalau tak xjadi la plan nak pergi Cameron. Tq mak..mmmuah.
Lebih kurang dalam dua jam duduk2 dan borak2 dengan Paklang kami minta diri sebab masa tu jam pun dah pukul 5.30 petang. Niat hati memang nak stay lagi sebab seronok borak dengan paklang. Orang lama kan.. banyak cerita sejarah yang Paklang keluarkan. Aku dengan hubby sangat teruja untuk dengar apatah lagi dengan lenggok bicara paklang yang boleh buat hati kami bagai digeletek.. Tapi sedih  sebab maklang tak sihat. Dia tak boleh bejalan dah dekat setahun lamanya. Moga Allah member kekuatan pada Maklang dan Paklang…
Kami terus menuju ke belah utara dengan semangat dan niat membara nak panjat Cameron hari ni. Yeayyy..!! Aku yang paling jakun sekali sebab seumur hidup aku tak pernah jejak kat Cameron.. (Mesti kalian gelakkan aku waktu ni kan? hehe..) Serious weh memang aku tak pernah kesana. Hubby berhenti di stesen minyak Petronas Tg. Malim untuk isi minyak yang dah tinggal separuh. Tiba-tiba…… Alamakkkk!!! Tayar pancittt!!!! Hadoi la.. time2 camnila dia nak buat hal. Sabar jelah… Agak susah jugak nak tukar spare tyre. Berpeluh-peluh hubby nak ambil spare tyre tu sebab dah berkarat, so susah nak angkat dari bonet kereta. Mujurlah ada abang2 plus yang tolong.. Akhirnya jam 6.45 petang siap pasang. Hubby decide jika tak jumpa kedai tayar senja tu, perjalanan ke Cameron tak dapat diteruskan sebab hubby tak yakin nak guna spare tyre panjat Cameron. Huwaaaaaaaa!!!! Hampa. Mak, bibik dan anak2 ok jer.. nampak cam xde perasaan je diaorang. Cuma aku jer yang frust..(mengalahkan budak2 kan?). Confirm2 la kamil terpaksa cari hotel sebab tak ada satu pun kedai tayar yang buka.. Yela, hari tu kan hari merdeka Lina oiii..sapa nak buka kedai…haisss..
Jadi nak tak nak, kami teruskan perjalanan ke Ipoh untuk cari tempat berteduh. Penat gak mencari hotel budget akhirnya dapatlah stay di Ritz Garden Hotel. Ok juga harganya RM110/night termasuk breakfast untuk 2 orang. Wow! Menarik!. aku booking satu bilik jer.. kasi sumbat semua dalam satu bilik..haha… JIMAT.
Lepas sarapan pagi tu, aku dan hubby pergi mencari kedai tayar. Mahal sungguh harga-harga tayar di Ipoh. Jangan mimpilah nak cari harga macam harga jual di Klang. No choice. Hurm….melayang rm250. Setelah selesai semua, terus packing barang, check out dan terus panjat Cameron. Yeayyy! Cameron here I come.... haha, jakun.
Setelah bincang dengan hubby kami decide untuk stay dekat brinchang sebab di situ semua ada. Lagipun aku bukan datang untuk honeymoon, just untuk fun2 dan cuci mata, dan Brinchang adalah tempatnya. Kalau nak tempat yang sunyi dan romantic tu, haruslah stay di Tanah Rata. Lepas check in dihotel Rainbow (RM160/night) kami berehat dulu melepaskan penat (Mak dan bibik yang paling teruk mabuk sebab jalan nak naik ke Cameron pusing-pusing). Petang tu niat hati nak jalan dan pusing2 satu Cameron Highland, tapi aku dan hubby di uji lagi…. Alahai oranges… kenapa la buat hal time2 raya ni.. Tiba2 tengah jem di pasar Brinchang si oranges mati enjin (saja nak tambah jem kan..! ngeee). Check punya check rupanya Fuel Pump problem. Nasib baik ada bengkel kereta buka betul-betul depan si Oranges breakdown. Lega. Tapi melayang juga RM300..huwaaaa…..!!!! tak dapatlah nak borong buah strawberry. Huh. Malam tu sangat seronok bila pergi pasar malam Brinchang. Macam-macam ada. Apalagi.. aku tuju buah strawberry celup coklat dulu la..hehe. Hubby pula cam tak ada perasaan nak itu dan ini, ish. Rayyan pun sama. Mak pula sangat teruja tengok sayuran segar dan pokok2 bunga. Bibik! Huh, langsung tak nampak apa yang menarik perhatiannya.

Yummyyyyy....



Neway, memang enjoy stay kat Berinchang.. Semua ada. Nak abis story ni cepat2 aku shortkan terus pada keesokan harinya kitaorang pergi borong Strawberry dan sayur-sayuran kat pasar. Segar sungguh semuanya. Geram. Jangan tak tau…aku borong strawberry sampai boleh jamu orang kenduri banyaknya. Lupa kejap pasal duit yang dah banyak abis kat oranges semalam..Haha. Then pergi jalan tengok ladang Teh. Terkilan sebab tak sempat nak melawat ladang strawberry…hikhikhik.. Terus bertolak balik dan sampai Tg. Karang lebih kurang jam 5.30 petang.

Tengahari tu juga kami terima tetamu `baraan`. Dekat kampung aku ada satu tradisi yang dipanggil `baraan`. Hanya pada hari raya pertama Aidilfitri di mana orang2 masjid yang sembahyang raya berjemaah di masjid pagi tu, terus memulakan ziarah ke rumah semua penduduk kampung. Memang siapa yang ikut baraan hari tersebut perut memang Full Tank. Susah nak cari moment sebegitu di tempat-tempat lain. So far aku tak jumpa lagi moment tu di luar dari Tg. Karang.. (bangga tu…hehe). Aku puji sangat orang2 lama dulu yang menerapkan nilai-nilai sebegini kepada anak2 dan cucu cicit mereka. Sebab sehingga kini walau mereka semua telah tiada, generasi baru terus mengamalkan `Baraan` ini. Amat baik untuk mengeratkan lagi silaturrahim baik muda mahupun yang tua. Moment ini boleh jumpakan kembali teman2 sepermainan dulu-dulu yang telah terpisah di perantauan. Eeee..suka la moment ni. Hubby pun sokong sebab dia kata dia tak pernah jumpa lagi moment sebegitu di tempat lain. *ok, tutup cerita hari raya pertama. Makan-makan sampai sendat*

Sempat snap moment ni masa `Baraan` tiba. Kanak-kanak confirm masyuk hari ni sebab setiap rumah pasti akan beri duit raya. Kira tiap-tiap tahun mak/adik aku akan standby duit raya utk 50 orang kanak-kanak..
Pagi raya seperti biasa selepas sembahyang raya, aku akan menziarahi kubur. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Cuma tahun ini aku bukan saja ziarah rumah arwah abah, tapi satu lagi rumah iaitu rumah arwah anak aku Muhammad Firdaus… (maaf aku tak dapat nak teruskan sebab saat ni air mata ni dan macam air hujan mencurah). Jika kalian baca post aku yang lepas pasti kalian tau macamana hati aku ni kan… Ok, *peace*
Tengahari tu pula aku sekeluarga beraya di rumah makcik-makcik aku yang hanya bersebelahan je dgn rumah mak. Untung makcik dekat-dekat. Jimat minyak. Haha. Bestkan sesekali jumpa sepupu sepapat. Almaklumlah, nama saja semua tinggal di KL, tapi atlast dapat berjumpa hanya time2 raya cenggini.. Tu la bezanya KL dan kampung. Anak2 lagilah suka jumpa geng2 berlari+gusti.. hadoiii poning!! yang paling bestnya time dorang dapat duit raya, ibu2 dorang lak yang over..haha.

Banyak sungguh menu yang Mak sediakan. Jangan tak caya tahun ni mak buat 6 jenis biskut raya tau.. kerepek, repeyek, kuih ros, kuih siput dan macam-macam lagi. Superb kan mymum..

Raya with luvly sister, brother and all luvly cousin

CERITA BULAN PUASA DAN NAK SAMBUT RAYA

Cerita pasal bulan puasa tu kan.. aku sangat sedih sebab terpaksa sambut awal puasa di hospital.. cian aku kan. Lama juga aku tak dapat menjalani ibadah puasa disebabkan terikat dengan waktu untuk makan ubat yang pihak hospital bekalkan. So, lepas ni, selamat mengganti puasa la ye Lina.. tu belum campur dgn coti puasa datang teetttttt! Hurmm, nasib badan… Dahla dalam bulan puasa tu tengok macam-macam makanan yang mak aku masak. Terliur aku tengok walhal kena terima hakikat yang aku tak boleh makan.
Cerita pasal nak sambut hari raya pula, tahun ni amat bermakna dan satu pengalaman raya yang sangat best. Dah termaktup dalam perjanjian tahun ni turn beraya kat umah mak aku kat Tg. Karang. (dekat jer..hehe). Hari sabtu 27/8/2011 tu aku dah hantar bibik dan anak-anak balik kampung. Biar bibik tolong mak apa-apa yang patut. Kemudian aku dengan hubby bergegas balik ke KL kembali untuk uruskan NEC. Kebetulan staff nak balik raya awal, jadi terpaksalah aku ngan hubby handle. Nasib ada hubby kalau aku sorang mau pengsan. Sebab nak raya ni, pelanggan amatlah ramai hingga tak cukup tangan aku dan hubby melayan..Alhamdulillah. Rezeki lebih sikit nak raya ni. Memang time tu aku ngan hubby sangat happy sebab dapat melayan telatah pelanggan membeli. Time nak tutup buku sale tu yang paling best..hehe (senyum sampai ke telinga.. betul tak b? wuekkk..).
Ok, aku masih lagi buka NEC pada hari isnin iaitu sehari sebelum raya…(gila duit kan aku..haha). Ingatkan malam raya tak adalah ramai orang sebab mungkin ramai yang dah balik kampung..tp sangkaan tu sama sekali salah. Ramai rupanya yang beraya di KL ni. Huh, tepat jam 1.30pagi aku rasa mak, anak-anak dah memanggil manggil suruh balik kampung segera. Terus aku decide tutup kedai walaupun pada masa itu masih ramai lagi pelanggan. Maaflah ye semua.. nak balik kampung ni..nak raya….! Hohoho..balik kampung..hohohoho...balik kampung… hati girang… lebih kurang dalam jam 3 pagi aku dan hubby sampai Tg. Karang. Terbau semerbak rendang ayam dan kari kerang mak. Oleh kerana mata yang teramat tak boleh nak bukak, maka aku ignore je nafsu tekak yang membuak-buak nak makan. Apa lagi..zzzzzz…..

SAKIT!!!

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Dalam kesibukan menguruskan NEC, hujung bulan Julai 2011 tu aku di duga dengan sakit yang aku sendiri tak tau pada awalnya. Aku kena apendik. Huh, sakitnya sampai sekarang aku fobia. SUMPAH!. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum tu aku rasa tak sedap parut. Rasa macam perut tu kembung jer & aku aspect tu maybe gastric. Hari Khamis 21/7 tu aku pergi klinik panel. Betul sangkaan aku bila doctor kata aku mmg gastric. Dia bagi ubat then aku dapat 1 hari MC. Balik rumah, then rehat. Tapi still masih sakit2 lagi…

Masa berlalu hingga hari isnin, di office aku terasa teramat sakit perut. Aku tak pernah sakit perut macam tu, tp aku cuba tahan dek sebabkan kerja yang banyak. Balik je kat rumah aku dah tak boleh berjalan, sakit sangat-sangat. Hubby terus bawa aku ke klinik. Di klinik doctor masih lagi kata aku kena gastric, kali ni gastric teruk sampai aku deman. Suhu badan masa tu 39.8. MasyaAllah, patut aku rasa cam nak pengsan tadi. So, doctor beri aku 2 injection. Satu untuk demam dan satu lagi untuk gastric. Dia bekalkan ubat gastric untuk aku makan.
Hari selasa aku pergi kerja seperti biasa. Harini kurang sikit sakit tapi masih lagi tak sedap perut. Aku pun heran. Dan tiba-tiba kan…. mesti korang tak percaya kan.! macam pelik pun ada, ttba perut aku sakit sangat. Dalam perut ni terasa macam ada baby `kick`. Ish..mau tak cuak aku. Telefon hubby, dia pun kata pelik. Apa yang aku rasa waktu tu kan macam ada satu makhluk yang tendang2 dinding2 perut aku ni dengan kuat sekali. Macam2 fikir waktu tu, dari yang logic sampailah yg tak logik. Yg tak logik tu aku boleh fikir ada `alien` dalam perut aku (bodzoh je kan! haha). Tapi sebenarnya itulah rasa Appendices pecah dan meletop dalam perut ni..(masa tu x tau lg) Hal perut macam kena bom ni berlarutan dalam tempuh 2-3 minit camtu..
Berlanjutan sehingga hari khamis, petang tu aku pergi lagi klinik cakap masalah yang sama dan doctor masih lagi bagitau itu adalah gastric dan 1 lagi suntikan dia beri. Sekali injection RM100++ . Tepat jam 3 pagi hari jumaat tu aku memang dah tak tahan. Badan aku panas cam api, perut sangat sakit dan bila aku ketuk perut bunyi macam tin kosong saja… MasyaAllah, aku berserah pada Allah je masa tu. Hubby tak banyak cerita lagi terus bawa aku ke PPUKM. Aku memang dah totally tak boleh cakap dan berjalan dah waktu itu.
Lastly, di PPUKM after ambil darah dan sedikit keterangan dari aku aku dan hubby, doctor cakap aku kena Appendices dan dia minta aku berpuasa serta merta untuk jalani pembedahan. MY GOD.. And now, aku dah ok dah… *peach*..


Boleh click info kat link ini kalau nak tau pasal Appendices
http://www.infopenyakit.com/2008/09/penyakit-radang-usus-buntu-appendicitis.html

NORA ELENA COLLECTION

Aku ni suka meniaga, walaupun pernah gagal, tp aku tak pernah nak putus asa. Aku ada baca dari buku pengalaman insan-insan yang berjaya dalam perniagaan ni, kebanyakannya semua mereka tu dah pernah beberapa kali jatuh dan bangun dalam perniagaan. Yang penting untuk menjadi ahli perniagaan (xkira meniaga apa, even pisang goring sekalipun), kena ada semangat dan jangan takut dengan kegagalan. Dengan semangat tu juga aku cuba untuk wat biznes kecik2 ni walaupun pada hakikatnya cita-cita dan impian aku tu teramatlah tinggi dalam biznes ni, tapi disebabkan dek modal yang tak berapa nak `baguih` tu kan…kecik-kecik pun jadilah…. `part time biznes`. Start dari awal bulan Jun tu aku dah mula cari tapak. Asalnya aku nak sewa tapak di Jalan Reko Bangi, tp xde rezeki, semua tapak dah sold out..hmmm hampa . Dalam2 mencari tu, aku diberitahu ada uptown baru nak buka di Puchong. Survey punya survey akhirnya aku decide nak ambil satu tapak kat sana. Sib baik leh `kautim` ngan brother pengurusan tu.. kalau dah rezeki kan… Amin. So, bermula la episod `BUSY` yang terlampau dalam hidup aku. Renovate kedai (uptown ni wat konsep mcm kedai tu..so nk kena keluarkan duit sendiri utk buat partition and pintu..kopak aku) & cari2 barang dari pembekal. Haihh, serba tak kena la time tuh.. Macamanapun semua `done` pada 16/7/2011 dengan nama kedai NORA ELENA COLLECTION (hehe..mesti semua ingat aku ni fanatic & tiru nama dalam citer kat TV3 yg petang2 tu kan..! Neway, nanti2 lah aku citerkan coz citernya sangatla panjang, penat nak tulis saat ni). Alhamdilillah, sambutan awal menggalakkan. Oleh kerana waktu perniagaan wajib dari jam 2:00 ptg – 2 pg, maka aku terpaksalah mengupah pekerja untuk jaga kedai. Tak larat la aku nak bersengkang mata sampai pepagi buta..then esoknya seawal 6:00 pg dah nak kena bangun tidur untuk siap2 pergi bekerja. Jadi..harusla aku upah org jaga kan…


(Inilah hasilnya. sudi-sudilah menyinggah nanti ye.)

KAU TERLALU ISTIMEWA

Ku tak tergambar wajahmu, Sinar mata itu, Lirik senyumanmu..
Pesona yang membelai.. Wajahmu bercahaya..
Memberi bahagia.. Tiap yang memandang..
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa...Kasih dan sayangmu terpancar..
Seikhlas tiada batasan terus membara…
Terkilan rasa jiwa..Ingin ku lihat mu dewasa..
Apa daya, Tuhan lebih menyayangimu..
Ku pasti kau berbahagia.. Duduk di sampingnya..
Mendengar cerita..segala rahsia…
Tak tertanggung rindu…Mendengar suaramu…Tawa mengusik jiwa…
Oh…

Kenangan abang...

Sudah agak lama aku tak menulis di blog kesayangan ini. Aku perlukan masa untuk pulihkan hati dan perasaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Betapa perit sebuah perpisahan. Alhamdulillah… kata-kata semangat dari Suami,keluarga dan kawan-kawan buat diri ini semakin kuat dan tabah. Aku teruskan lagi coretan buat Arwah anak tersayang di blog ini.. Tak terniat nak meraih simpati atau apa dari kawan-kawan dan pembaca blog ini, sekadar ingin berkongsi selain mencurahkan perasaan seorang ibu..

Abang…
Hari ini genap sudah 50 hari abang pergi. Tiada apa yang dapat ibu kirimkan. Hanya doa agar abang berbahagia bersamaNYA di sana. Ibu telah redha dengan pemergian abang dan ibu telah terima bahawa abang kini telah meninggalkan ibu, papa, angah & adik buat selamanya.

Abang…
Sesekali tertanya-tanya dalam hati kecil ibu, apakah yang sedang abang buat diSANA. Siapa yang menjaga abang..bagaimana kalau abang lapar… Itulah ibu…

Abang…
Ibu telah dapat kunci rumah baru kita. Ini bermakna sudah boleh berpindah di rumah baru. Dalam kesibukan mengemas pasti ibu takkan melupakan abang. Papa apatah lagi. Sebab papa memang rancang dari awal-awal lagi yang bilik bawah tu nak buat bilik abang. Nak hias dan cat cantik-cantik untuk abang. Tapi hajat papa tidak kesampaian.

Abang..
Demi meneruskan hidup dan masa depan adik2.. ibu dan papa redha. Ibu pasti abang sedang tersenyum diSANA melihat kesibukan ibu dan papa & keletah angah dan adik.

Abang..
Percayalah anakku.. Kau sentiasa dimata, dihati dan perasaan ini. Tak pernah sedetik pun dirimu hilang dari diri ini. Ibu pasti abang bahagia dan tenang diSANA bersamaNYA..



Celebrate besday abang

Bantal yg abang tinggalkan sebagai pengubat rindu ibu..

Koleksi baju-baju abang.. satu kotak, semua masih baru macam baru beli di kedai..

Ni baju yang paling ibu suka.. Abang sangat encem bila pakai baju ni..

Botol2 susu masih cantik disimpan... juga inhaler and aero chamber abang..

Abang.... Moga abang tenang bersamaNYA di sana..

http://www.youtube.com/watch?v=ZCBX3HI3MoI



Tanggal 2 march 2011, saat yang paling aku takut dan tak mampu untuk aku lalui..umpama sebuah mimpi…anakku Muhammad Firdaus telah pergi menghadap ilahi. Luluh hati seorang ibu meratap pemergian anak tersayang pergi. Betapa 3 bulan aku mengadap penderitaan dan keperitan yang ditanggung olehnya… akhirnya aku terpaksa redha dan pasrah dengan ketentuan ALLAH.
Abang…
Maafkan ibu andai selama ibu menjaga abang ada yang terkurang. Yang pasti bagi ibu abang lah anak yang paling ibu sayang dan ibu beri perhatian setiap masa. Abang anak ibu yang tidak pernah menyusahkan ibu dan abang adalah anak yang baik dan tidak pernah ada dosa… Abang anak ibu yang sangat istimewa…
Abang…
Abanglah kekuatan ibu. Abanglah tempat ibu mengadu..abanglah segalanya bagi ibu.. Pasti abang tahu ibu sayangkan abang meskipun ibu senantiasa sibuk melayani karenah adik2..  Masih terbayang dan terngiang2 tawa abang tatkala adik2  bergurau senda dihadapan abang. Abang hanya mampu tersenyum dan sesekali tertawa geli hati… semua itu buat hati ibu sangat pilu…
Abang…
Sejak 3 bulan lalu ibu telah kehilangan hilai tawa abang… ibu rindu hilai tawa dan senyuman abang.. selama 3 bulan di wad pediatrik Wad 5A bilik 25, hospital Serdang, selama itu abang terus simpan hilai tawa abang… Ibu tahu abang sakit. Abang derita. Ibu paham sayang… setiap masa ibu berdoa memohon agar Allah memberi  jalan untuk abang sembuh cepat.
Abang…
27hb Feb 2011, Ibu & Papa sangat gembira bila bibik beritahu keadaan abang dah ok. Doktor pun kata paru-paru abang dah beransur baik. Abang dah tak nangis2 lagi. Papa pun kata nak sain surat keluar agar abang boleh balik rumah. Mesti abang dah penat baring terus di katil Hospital. Ibu dapat rasakan abang rindu tilam empuk abang dirumah.
31hb. Feb 2011, Ibu jadi tidak menentu, ibu rasa takut, ibu cemas bila doktor call ibu mengatakan abang tidak ok dan minta ibu segera ke hospital. Sesampai ibu disana ibu tengok abang ok dan ibu sangat lega. Ibu cium muka, tangan dan kaki abang dan abang senyum.. Abang senyum pada ibu!!!  Lama sudah ibu tak lihat senyuman abang..hari itu abang senyum pada ibu…
Namun kata-kata doctor buat hati ibu bagai dihiris sembilu..betapa peritnya hati seorang ibu menerima khabar keadaan dan kesakitan seorang anak. Doktor kata ada pendarahan dalam perut abang. Darah terus keluar dari tiub. Mungkin itu disebabkan oleh rasa stress sakit yg abang tanggung.. Tapi waktu itu ibu lihat abang tenang saja umpama tidak sakit. Anak ibu memang seorang yang kuat semangat…. Andai diberi peluang oleh ALLAH..biarlah ibu yang menanggung kesakitan itu. Kesian anak ibu… Berat sungguh dugaan untuk anak ibu…. Ibu tahu abang kuat….
1hb. March 2011, tiba-tiba badan abang mengejang umpama kena sawan… doktor telah cuba sedaya upaya membantu abang. Namun selepas itu abang terus tidak sedarkan diri. Pilu hati ibu melihat keadaan abang. Pernafasan abang sangat laju ketika itu.. Ya Allah….kenapa begini suratan hidup anakku Ya Allah… Saat ini ibu hanya mohon Allah permudahkan segala kehendakNYA untuk abang.. Ibu pasrah. Ibu redha. Jika sebelum ini hati dan naluri ibu sentiasa mengharap abang akan pulih..hari ini ibu rela dan redha. Ibu sayangkan abang….ibu tak sanggup lihat abang tersiksa nak… Ibu tahu abang sakit.. Dari air mata abang yang mengalir meskipun abang tidak sedar..ibu dapat rasakan keperitan yang abang tanggung.
Ibu pasrah meskipun hati ini hancur mendengar penerangan doktor bahawa abang tengah tenat. Hati ibu masih juga berharap agar abang akan kembali pulih dan boleh balik kerumah kita. Semalaman ibu dan papa bersama abang. Ibu peluk abang. Ibu cium abang sepuasnya. Walau abang tidak sedar, namun ibu tahu abang pasti merasai kasih sayang ibu… sesekali ibu sapu air mata abang yang tiba2 meleleh.. `Kenapa sayang..kenapa abang menangis nak.., abang sakit kat mana nak…??!!!` namun abang dah tak berdaya… Hati ibu hancur ketika itu kerana tidak dapat membantu kesakitan yang abang tanggung..
2hb. march 2011, Sehening fajar pagi dan sesejuk hembusan angin pagi berhembus kealam maya.. sedetik itu juga abang menghembus nafas terakhir abang. Hancur luluh hati ibu kala itu.. Dipangkuan ibu abang pergi mengadap Ilahi…  Setenang fajar memancarkan cahayanya..setenang itu juga abang pergi meninggalkan ibu… “ abang…ibu sayangkan abang….. napa cepat sangat abang pergi…”
`Ya Allah…, aku redha dengan takdirmu.. Andai ini yang terbaik untuk anakku Muhammad Firdaus…Aku redha.. Kau angkat dan kau tempatkanlah roh anakku di sisiMu.. di syurgaMu yang ter atas iaitu SYURGA FIRDAUS….
Abang…
Genap 10 tahun 5 bulan ibu melahir dan membesarkan abang dengan penuh kasih sayang… akhirnya abang pergi jua meninggalkan ibu, papa, angah dan adik… Tiada apa yang dapat ibu bekalkan hanya doa yang akan ibu kirimkan untuk abang setiap masa.. Moga abang tenang di sana ye nak.. InsyaALLAH kita akan berjumpa satu hari nanti anakku..
Di sini..ibu pasti ibu akan merindui senyum tawa abang, ibu pasti rindu nak cium tapak tangan dan tapak kaki abang yang lembut..  Cuma satu2nya yang sangat berharga abang tinggalkan buat ibu…Bantal Busuk abang…. Sangat bermakna buat ibu. Bila ibu terlalu rindukan abang…pasti ibu akan peluk dan cium bantal busuk abang kerana bau abang ada disitu…
YA ALLAH….KAU YANG MAHA MENGASIHANI..KAU YANG MAHA MENGETAHUI… KAU PERIHARALAH ANAKKU DAN KAU TEMPATKAN ROH ANAKKU DITEMPAT-MU YANG PALING MULIA DAN TER ATAS..
AMIN YA RABBAL AALAMIN…

Nama: Muhammad Firdaus
Tarikh : 2000 - 2011 (10 tahun 5bulan)
Tempat : Hospital Serdang (Wad 5A, Bilik 25)
Sebab : Orthostatic Pneumonia Dan Upper Gastrointestinal Bleed

Pembantu Baru...2011

Dah dekat seminggu aku ada bibik baru.. nama dia Ifa Nuraini…sedap kan nama dia. Aku panggil dia dengan panggilan bibik je.. Anak2 panggil dia bik ifa. Dia bakal gantikan bibik Rah yang akan pulang Indonesia bulan depan.
Bibik Ifa ni orangnyer tersangatla lurus.. hari2 aku merungut dgn myB pasal penat aku nak tunjuk ajar dia. Tapi sebenarnya dia masih belum biasa dengan keadaan. Slowly..nampak dia makin ok.
Last week, my MIL dah stay 3 hari kat rumah untuk beri tunjuk ajar apa2 yang patut.. Siap my MIL test bibik tu mengaji lagi.. Nasib baik past..hehe
Harapan aku agar bibik baru ni boleh kerja dan boleh stay lama dengan aku. Actually aku ni adalah majikan yang sangatla baik dan tidak cerewet..(perasan la pulak..) As long as dia boleh jaga anak2 bagi aku itu dah cukup. Untuk bibik Rah aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana menjaga anak2 aku dengan baik sekali…
Welcome to our home club Bibik Ifa..!!!

Angah & Adik....

Dalam sibuk ulang alik ke hospital tengok abang… tanggungjawab aku n Myb juga untuk gembirakan angah & adik. Mereka masih tak paham lagi yang abang dorang sakit… Tapi angah selalu kata `kesian abang kan ibu..` bila tengok abang di Hospital…
Ada masa terluang..kami akan beriadah..apapun sekarang ni susah nak plan apa-apa..ada ruang & masa kami layanzzzz….


Tengokla gelagat 2 beradik ni makan pizza… seperti biasa adik akan menyepahkan meja…hehe…

Satu Keredhaan

Dalam keceriaan pasti ada kedukaan…begitu juga dengan aku. Namun andai kita REDHA..pasti semua dapat kita tempuhi dan hadapi. Itulah yang aku lakukan bagi menangani keadaan dan ujian dariNYA.
Dah hampir 2 bulan abang di hospital..namun tiada sedikit pun perubahan pada abang…hmmm..doktor pun dah pening. Dari antibiotic biasa hinggalah antibiotic luar biasa dah bagi kat abang..tetap sama saja kondisinyer… Apapun sebagai ibu aku tidak putus-putus berharap dan berdoa agar Allah kurniakan yg terbaik untuk abang.. Moga dipermudahkan segalanya…Amin..

Beginilah keadaan abang setelah hampir 2 bulan di Hospital Serdang. 
cian...dia.. xper abg kuat..kan!?? 

Superwoman & Kenny Rogers

Semalam ada promosi KKR. Asalnya macam tak sempat nak pergi.. yela..sejak awal December 2010 haritu abang di hospital. Hidup aku jadi macam superwoman.. Rushing dengan rutin harian..Jadi aku CUT semua aktiviti kami sekeluarga.. Hari Sabtu & Ahad kami akan beriadah di Hospital bersama abang dan Bibik..
Kesian pulak kat angah & adik. Lagi2 si Angah..asyik sebut "ibu..papa..jom la kita pergi makan pizza..". Kebetulan KKR ada promotion ni aku rasa boleh la tunaikan permintaan angah walaupun bukan pizza..hehe..(sorry angah, next time kita g pizza)..

Kebetulan MyB nak pergi office untuk settlekan keje..so...i followw....heh. Sempat juga pergi makan kat One Utama.... (gambar xsempat nak amik...asyik melayan karenah rayyan rizqin (adik)..huh!! anakku...sib baik cumill).

Busy..busy...

2 hari ni kat opis tersangat la busy..., nak siapkan akaun syarikat untuk audit... tp sempat juga aku godey2 blog ni.. rasa teruja lak nak tahu n terus tahu..