Pages

JADUAL BARU

Sejak sibuk dengan NEC dalam sebulan setengah ini, aku telah susun semula jadual harian aku untuk anak2 dan keluarga. Terutamanya untuk mengulangkaji pelajaran Angah. Mungkin ini masih belum cukup lagi masa yang sepatutnya aku peruntukkan bagi mengulangkaji pelajaran angah. Namun apakan daya, aku cuba untuk menjadi ibu dan guru yang terbaik untuk anak-anak. Juga isteri yang terbaik untuk my Luvly hubby.

Sangat besar hati untuk share dengan u all. Jika ada apa-apa nasihat atau komen, aku amat hargai dan amat berterima kasih. Ini adalah kerana `AKU WANITA BIASA`


6.20am-7.30am
Bangun pagi, mandi, solat dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Bergurau/bermain dengan buah hati kesayangan si budak chomel Rayyan Rizqin jika dia dah bangun tidur (biasa memang dia bangun awal).

7.30am-5.30pm
Bertolak ke tempat kerja, lebih kurang jam 8.15am sampai pejabat setelah menempuh traffic jammed di tol LDP. Cuba untuk menyiapkan kerja sedaya yang mungkin. Akan pastikan semua kerja boleh achieve dateline. Sebolehnya hari-hari aku akan curi sedikit masa sediakan kertas soalan untuk angah. Atleast hari-ari angah kena jawab dan selesaikan 30 soalan. Terutamanya subjek Matematik.

5.30pm – 6.40pm
Sampai rumah lebih kurang pukul 6.00pm. Terus duduk bersama anak-anak. Masa ni aku cuba tunjuk dan curahkan kasih sayang sepenuhnya pada Angah dan Adik dengan cara 1) ajar Adik menulis dan mewarna. Ternyata dia sangat suka dengan semua tu. 2) Test Angah membaca BM & BI. Especially pemahaman dia tentang cerita yang dia baca. Alhamdulillah, banyak improvement. Juga menyemak kertas soalan yang diberi hari semalam. Biasa aku minta Angah siapkan kerja rumah yang aku beri sebelum aku balik dari kerja. So, biar angah aturkan sendiri masa dia. Jika tak siap, aku denda dia tak boleh ke taman permainan untuk tempoh selama 3 hari..

6.45pm – 7.10pm
Bawa Angah dan Adik bermain di Taman permainan depan rumah. Kadangkala tugas ini bergilir-gilir dengan hubby ataupun bibik. Janji anak-anak enjoy walaupun sekejap je dapat jejak kaki ke taman.

7.15pm – 7.30pm
Masa untuk sediakan makan malam keluarga. Biasa aku beritahu saja bibik apa nak masak dan dia awal-awal telah sediakan semua bahan. So, aku tinggal masak sahaja. Lauk pun masak yang simple2 saja. Yang penting perut hubby dan anak-anak terisi.

7.35pm – 8.15pm
Check beg sekolah Angah dan buku-buku. Harus checking beg dia takut bawa mainan ke sekolah. Jika ada kerja sekolah, dia akan buat depan aku sebagai memastikan kerja-kerja sekolah tak bertangguh. Ajar angah Iqra` dalam 10 minit. Actually minta dia ulang balik iqra` yg dia dah belajar di sekolah Agama hari itu. Solat manghrib & bersiap untuk ke NEC. Sediakan makan malam dan makan bersama hubby dan anak-anak.

8.30pm – 12.00pm
Drive ke Puchong for work duty di NEC, kadangkala aku balik awal. Tapi untuk hari-hari kerja aku akan pastikan aku akan sampai rumah sebelum jam 12.00 malam.

So, berulanglah setiap hari rutin sebegini kecuali on weekend. Sabtu dan ahad aku cuti, jadi aku akan peruntukan masa tersebut untuk berehat dan beriadah bersama hubby, anak-anak dan kawan-kawan.

1 comment:

  1. waaa...complete schedule..ni kena tuntut ilmu dr Alina ni..:D

    ReplyDelete