Pages

NOVEL

Assalamualaikum. Moga hari ini kita semua beroleh kesejahteraan. Musim hujan dan panas yang tak menentu sekarang, pasti senang je nak dapat demam, selsema dan batuk. Inilah yang terjadi pada hubby dan angah sekarang. Dilanda batuk dan selsema. Risau takut menjangkit pula pada aku ataupun Rayyan.
Ok, sebenarnya nak cerita sikit pasal Novel. Hehe..ada2 je kan aku ni. Actually memang dari sekolah rendah lagi aku sangat minat membaca buku cerita atau cerpen2 yang ada di akhbar. Sampailah sekarang ni, Cuma sekarang agak berkurangan sementelah dengan berbagai urusan kerja dan rumahtangga. Baru nak membaca je, si budak debab Rayyan Rizqin dah kacau. Dalam maksud lain, satu Novel tu aku ambil masa baca dalam seminggu..haha..lama sungguh.
Cerita pasal sekolah ni, teringat aku masa sekolah rendah dulu. Aku pernah buat skrip tau.. ha..jangan tak caya.. Masa tu aku dalam darjah 6. Kebetulan ada persembahan teater sempena hari guru. Jadi aku pun teringin la nak berlakon (gila glamer!! Kekeke). Apa lagi, aku pun ajak la geng2 joint (ingat lagi nama dorang iaitu Rozina dan Jamilah). Bila cikgu tanya je aku nak persembahkan cerita apa, aku ternganga. Ha.., padan muka aku. Tapi masa tu kepala otak ni dah fikir nak buat skrip sendiri. Balik je dari sekolah mula buat skrip. Jalan cerita berkenaan dengan kekeluargaan.
Aku shortkan la cerita ni ye coz nanti ada yang boring pulak baca. Hehe. Selepas 3 hari aku beri pada cikgu yang bernama cikgu Zainol. Tersangat bangga weh..waktu tu bila cikgu Zainol puji hasil penulisan skrip aku. Mesti dia pun tak sangka yang anak murid dia ni pandai buat skrip..(haha perasan). Aku & gengs start berlatih hingga la tiba hari pementasan. Sangat2 berbangga lagi bila semua cikgu puji persembahan kami.
Perangai tu terbawa hinggalah ke sekolah menengah. Aku akan buat novel dalam buku latihan dan aku akan beri kawan-kawan aku baca. Cuma bila dah meningkat remaja, belajar dan bekerja, masa untuk menulis dah tak ada. Tapi memang tiap-tiap bulan aku tak pernah miss langgan Novel. Paling kurang pun 2 buah.
Waktu tu pula aku sangat minat dengan seorang penulis ni, nama dia Khadijah Hashim. Aku suka baca novel-novel beliau. Sangat mengujakan.

Inilah dia khadijah Hashim sekarang. Gambar ni aku download dari google jer.

Ni antara novel-novel beliau. Pun aku copy paste je dari google sebab semua novel aku dah hilang..

Nak di jadikan cerita, now aku dah start menulis balik tau. Rasa-rasanya boleh tak kalau aku jadi penulis novel? Tapi kalau novelis boleh siapkan novel dalam masa 3 bulan, aku mungkin ambik masa setahun la gamaknya…haha. Tapi seriously, aku tengah tulis satu novel sekarang ni… tungguuuuu!!!!!....

1 comment: