Pages

INNALILLAH…

Hari ini, meratap pemergian seorang teman iaitu NOR AZWAH ARDINA (aku lebih suka panggil dia kak wa sebab anak2 aku panggil dia kak wa). Selama 5 tahun dia tinggal bersama aku, bahkan telah aku anggap dia sebagai adik. Pemergiannya memang tidak sesiapa pun jangka termasuklah teman-teman, adik beradik dan keluarga. Begitu singkat. Ya ALLAH.., sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui segalanya. Aku memang sedih. Aku pasti keluarga kak wa lebih sedih lagi.

Setelah 3 minggu di tahan di wad kerana menghidapi jangkitan kuman pada jantung, akhirnya kak wa pergi jua buat selama-lamanya. Tiada apa yang dapat aku kirimkan hanya doa semoga kak wa ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. AL-FATIHAH..

Kak Wa,
Along minta maaf andai selama kak wa bersama along ada perkara atau kata-kata along yang menyinggung hati dan perasaan kak wa. Along tau along banyak tegur kak wa namun tu semua adalah sebagai teguran seorang kakak kepada seorang adik perempuan demi untuk kebaikan kak wa. Dan along tau kak wa menerima semua tu.

Kak wa,
Sedih melihat keadaan kak wa tempohari dia hospital. Hanya air mata je yang mengalir sebagai tanda berkongsi keperitan yang kak wa tanggung. Ya, itu bahagian kak wa. Bahagian along dan orang lain tak tahu bagaimana. Semoga kak wa tabah. Walaupun kak wa tak sedar, tapi along tahu kak wa dengar apa yang along katakana di telinga kak wa tempohari.

Kak wa,
Kak wa memang seorang yang sangat baik pada semua orang. Semoga kak wa mendapat rahmat dari kebaikan kak wa DISANA.. INSYAALLAH.

Kak wa,
Sangat sedih bila ingat hari-hari yang lepas kak wa tinggal bersama along. Kak wa bangun tidur lambat along selalu bising suruh kak wa bangun. Along selalu kata “Bangun la kak wa, dah nak petang dah ni…, nanti tak ada orang nak datang meminang” dan kak wa akan jawab “yelah2… orang nak bangun la ni..”. Tapi kak wa masih juga tak bangun tidur lagi dan along akan suruh anak along angah (danny) pula yang kejutkan. Barulah kak wa bangun. Semua tu hanya menjadi kenangan untuk di kenang oleh along dan anak-anak hingga tiba waktunya kita akan bertemu diSANA…

Kak wa,
Selepas ini tiada lagi kak wa yang akan sentiasa ada pada setiap majlis kenduri atau apa2 saja majlis along. Tiada lagi kak wa yang selalu along boleh minta tolong itu dan ini bila buat kenduri. Along berdoa agar segala jasabaik kak wa itu Allah balas di SANA.

Kak wa,
Along telah maafkan dan halalkan segala makan minum kak wa ketika tinggal bersama dengan along. Begitu juga along mengharapkannya dari kak wa. Semoga kak wa tenang disana bersamaNYA.. Sampaikan salam along pada arwah ABANG yang pastinya akan kak wa temui disana sebab kak wa juga pernah sama-sama menjaga arwah Abang dikala along ada hal lain.. Terima kasih dan Al-Fatihah untuk kak wa..

Kenangan... Arwah Kak Wa bersama Angah (Danny)

PERGINYA ADIK FARIS..



Pagi ni berjujuran air mata bila baca dari blog Mazidul Akmal Sidek pasal `perginya adik Faris buat selama-lamanya`. Memang aku tak tahu pasal hal adik Fariz sebelum ni sehinggalah pagi tadi aku baca kat blog Mazidul

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3141646922429265992

Sangat sedih melihat keperitan yang di tanggung oleh adik Faris. Terus ingatan aku teringat pada arwah ‘Abang’. Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan.. sebab aku cukup memahami Sham dan Zuraine saat ini. Al-Fatihah. Syurga itu pasti buat dia.

I am a BOY!!

Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan bersama baby yang sedang seronok menendang main bola kat dalam ni.. Namun aku harus terima hakikat bahawa memang aku di takdirkan tidak ada rezeki untuk timang anak perempuan. So kena kuburkan lah angan2 pasal Pretty Zinta tu.. sedey :)
Check-up kali ni memang aku sengaja lewat-lewatkan sebab kali ni jika checkup pasti nampak jantina baby. Entah kenapa hati kuat mengatakan `boy`. Nak tau kenapa? Sebab dah 3 kali aku bermimpi bersalin baby boy.

Masa mula-mula nak scan tu Dr. Hanie kata `saya pulak yang nervous ni..`. Actually Dr. Hanie tahu yang aku memang nak sangat girl. Dalam pada itu, aku tak tengok screen computer, sebab perasaan sangat berdebar-debar. Aku biarkan saja Dr. Hanie dan En. Hubby terus mencari jantina baby. Tiba-tiba “alamak..” suara Dr. Hanie telah cukup meyakinkanku tentang instinct aku sebelum ini. Yeah..boy again. Time tu tiba-tiba air mata ni nak gugur. Tapi aku tahan. Tak tahu lah kenapa.. Apapun aku terima seadanya, janji baby sihat dan sempurna. Aku lihat muka En. Hubby, biasa saja. Sempat dia berkata `Alhamdulillah.. Cukup satu team takraw..” tp aku tahu dia faham perasaan aku waktu tu. Dr. Hanie pulak kata “Takpe, cuba lagi. Ok apa..nanti mama dia banyak body guard..”

Apa-apalah kan.., aku pun dah berhenti berharap. Harap-harap ini yang last. Lepas ni nak cuti terus.. (kalau dapat kelulusan En. Hubby la kan..)

** teringat satu statement best pwen aku, si Linda Yusoff. ` kalau ina taknak bagi la kat leen, leen pun teringin gak nak ada baka rambut kerinting..** kelakar kan.. tp suka2 je nak :p

ANGAN-ANGAN KALAU ADA BABY GIRL..

Berangan je la keje aku ni, hehe. Taka pa, yang penting berangan dulu kan.. nak tau apa yang aku angankan? Aku ni dari pregnant kan Rayyan dah ngidam baby girl. Tup2 kuar Rayyan Rizqin yang montel.. Nasibla comell sangat..ngeeee

Comel kan... gerammm..

Jadi kali ni aku berdoa agar dikurniakan seorang baby girl yang sangat comel dan sihat. Comel macam sapa nak tau? Macam pelakon Hindustan Pretty Zinta!! Hahaha, kelassss tak taste aku. Lau tak dapat comel macam Pretty ZInta, cukuplah sekadar comel macam aku, ibu dia. Miahahaha…(jangan ada yang muntah pulak ye..)

Sumpah, memang aku sukaaa sangat ngan Pretty Zinta dari dulu lagi sebab dia comel… Tu yang tengah berangan sekarang ni..

Jom layan gambar baby2 & Si comel Pretty Zinta

DEMAM OMBAK RINDU

Rata-rata semua mesti tengah demam Ombak Rindu, betul tak? Mr Hubby yang pada awalnya macam tak ada mood nak tengok atlast kata filem ni memang best!! Camner tu! Means memang best la kan… Kalau aku ajak tengok sekali lagi mau dia follow kot. Hehe.

Tak perlulah aku nak story panjang2 pasal jalan cerita Ombak Rindu ni sebab nanti aku lak yang feeling. Masa dalam panggung tu memang aku feeling giler, dah macam aku je yang ada dalam filem tu dengan watak izah. Hahaha..perasaan sungguh…


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PEMBAWAKAN

Preggy kali ni rasanya macam lain sikit dari yang lepas. Mula2 aritu, tekak asyik loya saja. Mula lah mencari asam-asam atau buah mangga yang agak masam. Tapi tak la sampai muntah2, Cuma penat sangat. Kaki ni rasa macam tersangat la letih umpama seharian berjalan tanpa henti walhal dah rehat makan tidur..makan tidur 3 hari 3 malam (haha..). Camner tu..

Bab makan pula, Nau`zubillah.., selera sangat2. Dalam masa 3 bulan saja badan ni dah macam belon nampaknya. Bila mengeluh dekat hubby kata badan dah macam belon dia kata `mana ada, ok je b tengok`. Huh! Takde taste sungguh. Nak cover ler tew..wuekk, hehe.

Lagi tabiat preggy kali ni aku suka sangat tengok resepi2 dari mr.Google. Mulalah berangan nak main masak-masak pastu. Adalah beberapa menu yang aku dah try.. memang sedap dan mejadi. Tapi yang paling bestnyer semua masakan yang aku teringin sangat tu berasaskan cheese, haha. Amik kau! Harusla bertambah-tambah berat badan ni kan… hadoiii.

Dan lagi satu sifat yang aku perasan, aku tak suka make-up. Even berbedak pun aku tak hingin.. Cukuplah aku tepek kan Bio oil je pada muka ni, itu pun terpaksa sebab nanti takut kulit kering sangat pulak. Heran kan.., sebab sebelum ni preggy aku boleh lagi nak touch up muka ni, tapi sebaliknya pulak kali ni…

Ha…., rasa-rasanya kali ni leh dapat baby girl tak???? Kehkehkeh..(dengan harapan semua akan kata `yes`). Poyo je kan.

Ni antara menu resepi mrGoogle yang aku dah try & buat beberapa kali sebab seeedapppp sangat. Semuanya CHEESE!

Masa wat scan ni baru 7w6d, siap dengar heartbeat lagi. But now baby dah 14weeks.