Pages

CERITA BULAN PUASA DAN NAK SAMBUT RAYA

Cerita pasal bulan puasa tu kan.. aku sangat sedih sebab terpaksa sambut awal puasa di hospital.. cian aku kan. Lama juga aku tak dapat menjalani ibadah puasa disebabkan terikat dengan waktu untuk makan ubat yang pihak hospital bekalkan. So, lepas ni, selamat mengganti puasa la ye Lina.. tu belum campur dgn coti puasa datang teetttttt! Hurmm, nasib badan… Dahla dalam bulan puasa tu tengok macam-macam makanan yang mak aku masak. Terliur aku tengok walhal kena terima hakikat yang aku tak boleh makan.
Cerita pasal nak sambut hari raya pula, tahun ni amat bermakna dan satu pengalaman raya yang sangat best. Dah termaktup dalam perjanjian tahun ni turn beraya kat umah mak aku kat Tg. Karang. (dekat jer..hehe). Hari sabtu 27/8/2011 tu aku dah hantar bibik dan anak-anak balik kampung. Biar bibik tolong mak apa-apa yang patut. Kemudian aku dengan hubby bergegas balik ke KL kembali untuk uruskan NEC. Kebetulan staff nak balik raya awal, jadi terpaksalah aku ngan hubby handle. Nasib ada hubby kalau aku sorang mau pengsan. Sebab nak raya ni, pelanggan amatlah ramai hingga tak cukup tangan aku dan hubby melayan..Alhamdulillah. Rezeki lebih sikit nak raya ni. Memang time tu aku ngan hubby sangat happy sebab dapat melayan telatah pelanggan membeli. Time nak tutup buku sale tu yang paling best..hehe (senyum sampai ke telinga.. betul tak b? wuekkk..).
Ok, aku masih lagi buka NEC pada hari isnin iaitu sehari sebelum raya…(gila duit kan aku..haha). Ingatkan malam raya tak adalah ramai orang sebab mungkin ramai yang dah balik kampung..tp sangkaan tu sama sekali salah. Ramai rupanya yang beraya di KL ni. Huh, tepat jam 1.30pagi aku rasa mak, anak-anak dah memanggil manggil suruh balik kampung segera. Terus aku decide tutup kedai walaupun pada masa itu masih ramai lagi pelanggan. Maaflah ye semua.. nak balik kampung ni..nak raya….! Hohoho..balik kampung..hohohoho...balik kampung… hati girang… lebih kurang dalam jam 3 pagi aku dan hubby sampai Tg. Karang. Terbau semerbak rendang ayam dan kari kerang mak. Oleh kerana mata yang teramat tak boleh nak bukak, maka aku ignore je nafsu tekak yang membuak-buak nak makan. Apa lagi..zzzzzz…..

No comments:

Post a Comment