Pages

Pagi raya seperti biasa selepas sembahyang raya, aku akan menziarahi kubur. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Cuma tahun ini aku bukan saja ziarah rumah arwah abah, tapi satu lagi rumah iaitu rumah arwah anak aku Muhammad Firdaus… (maaf aku tak dapat nak teruskan sebab saat ni air mata ni dan macam air hujan mencurah). Jika kalian baca post aku yang lepas pasti kalian tau macamana hati aku ni kan… Ok, *peace*
Tengahari tu pula aku sekeluarga beraya di rumah makcik-makcik aku yang hanya bersebelahan je dgn rumah mak. Untung makcik dekat-dekat. Jimat minyak. Haha. Bestkan sesekali jumpa sepupu sepapat. Almaklumlah, nama saja semua tinggal di KL, tapi atlast dapat berjumpa hanya time2 raya cenggini.. Tu la bezanya KL dan kampung. Anak2 lagilah suka jumpa geng2 berlari+gusti.. hadoiii poning!! yang paling bestnya time dorang dapat duit raya, ibu2 dorang lak yang over..haha.

Banyak sungguh menu yang Mak sediakan. Jangan tak caya tahun ni mak buat 6 jenis biskut raya tau.. kerepek, repeyek, kuih ros, kuih siput dan macam-macam lagi. Superb kan mymum..

Raya with luvly sister, brother and all luvly cousin

No comments:

Post a Comment