Pages

NORA ELENA COLLECTION

Aku ni suka meniaga, walaupun pernah gagal, tp aku tak pernah nak putus asa. Aku ada baca dari buku pengalaman insan-insan yang berjaya dalam perniagaan ni, kebanyakannya semua mereka tu dah pernah beberapa kali jatuh dan bangun dalam perniagaan. Yang penting untuk menjadi ahli perniagaan (xkira meniaga apa, even pisang goring sekalipun), kena ada semangat dan jangan takut dengan kegagalan. Dengan semangat tu juga aku cuba untuk wat biznes kecik2 ni walaupun pada hakikatnya cita-cita dan impian aku tu teramatlah tinggi dalam biznes ni, tapi disebabkan dek modal yang tak berapa nak `baguih` tu kan…kecik-kecik pun jadilah…. `part time biznes`. Start dari awal bulan Jun tu aku dah mula cari tapak. Asalnya aku nak sewa tapak di Jalan Reko Bangi, tp xde rezeki, semua tapak dah sold out..hmmm hampa . Dalam2 mencari tu, aku diberitahu ada uptown baru nak buka di Puchong. Survey punya survey akhirnya aku decide nak ambil satu tapak kat sana. Sib baik leh `kautim` ngan brother pengurusan tu.. kalau dah rezeki kan… Amin. So, bermula la episod `BUSY` yang terlampau dalam hidup aku. Renovate kedai (uptown ni wat konsep mcm kedai tu..so nk kena keluarkan duit sendiri utk buat partition and pintu..kopak aku) & cari2 barang dari pembekal. Haihh, serba tak kena la time tuh.. Macamanapun semua `done` pada 16/7/2011 dengan nama kedai NORA ELENA COLLECTION (hehe..mesti semua ingat aku ni fanatic & tiru nama dalam citer kat TV3 yg petang2 tu kan..! Neway, nanti2 lah aku citerkan coz citernya sangatla panjang, penat nak tulis saat ni). Alhamdilillah, sambutan awal menggalakkan. Oleh kerana waktu perniagaan wajib dari jam 2:00 ptg – 2 pg, maka aku terpaksalah mengupah pekerja untuk jaga kedai. Tak larat la aku nak bersengkang mata sampai pepagi buta..then esoknya seawal 6:00 pg dah nak kena bangun tidur untuk siap2 pergi bekerja. Jadi..harusla aku upah org jaga kan…


(Inilah hasilnya. sudi-sudilah menyinggah nanti ye.)